Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

19 Januari 2010

TAKNAK NIKAH CEPAT, TANGGUHKAN SAJALAH



Gara-gara tidak cukup wang untuk melangsungkan perkahwinan lebih awal, seorang lelaki berusia 27 tahun berdepan dengan tindakan undang-undang apabila membuat laporan palsu mengatakan dia dirompak.Bagaimanapun tindakan juruteknik kilang dari Taman Senai Utama itu gagal 'memperbodohkan' polis yang mendapati sebahagian maklumat yang diberi tidak sama, kata ketua polis daerah Kulai Jaya, Supt Zulkefly Yahya.

"Bila kami menyoal lanjut dia akhirnya mengaku membuat laporan palsu untuk mengelak daripada berkahwin pada bulan depan," katanya kepada pemberita di Johor Bahru semalam.

Mengulas kejadian pada Ahad lepas itu, Zulkefly berkata, lelaki tersebut membuat laporan mendakwa dia dirompak dua lelaki bersenjatakan pisau selepas mengeluarkan duit RM6,000 di sebuah mesin ATM, di Kulai Jaya pada hari berkenaan. Lelaki itu mendakwa dia mengeluarkan duit berkenaan pada pukul 6.50 petang dan sedang menuju ke arah keretanya apabila didatangi dua lelaki yang mengacukan sebilah pisau sebelum melarikan diri dengan wang tersebut bersama resit pengeluaran dan juga kad ATM-nya.

Siasatan polis membawa kepada penemuan 'duit yang dirompak' itu di rumah lelaki tersebut, katanya.

Menurut Zulkefly lelaki itu sepatutnya berkahwin pada Julai ini tetapi bakal bapa mertuanya mendesak agar perkahwinan diadakan pada awal bulan depan.

"Dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk meneruskan perkahwinan itu lalu membuat laporan polis agar perkara tersebut tidak terdedah," kata beliau.

Zulkefly berkata lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 177 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali... BERNAMA

4 ulasan:

  1. kesian lelaki tu. tak pasal2 je kena.

    BalasPadam
  2. Dalam perkahwinan ini, sepatutnya keluarga perempuan kena kurangkan hantaran. Jangan sampai jadi beban kepada pengantin lelaki. Sekarang, hantaran 10,000 dan perkara biasa walaupun lelaki bukannya mampu sangat. Ikutlah sunnah Nabi, kurangkan belanja majlis perkahwinan.

    BalasPadam
  3. emm..stuju...skrg..anak2 buah sy nak nikah..duit antaran semua rm10,000..

    BalasPadam
  4. perkara yg elok sepatutnya dipermudahkan saja urusannya. jgnlah letak wang hantaran tinggi2 pakcik/makcik oiii...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.