Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

11 Januari 2010

Syok Sangat Ke Judi Sabung Ayam ?


KULIM, 11 Jan (Bernama) -- Hampir 50 kaki judi yang sedang asyik menyabung ayam bertempiaran lari apabila polis menyerbu pusat aktiviti mereka di satu kawasan di atas sebuah bukit di Junjong, dekat sini, Ahad malam.Seramai 21 lelaki termasuk penganjur berjaya diberkas dalam kawasan semak oleh polis Kulim dan dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah yang melancarkan operasi pukul 8.30 malam tadi.Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ghuzlan Mohd Salleh berkata penganjur judi itu yang berusia 40-an dipercayai menganjurkan judi sabung ayam secara bergerak.

"Kumpulan sindiket sering mengubah lokasi tempat berjudi untuk mengelak daripada dikesan polis dan cuma peminat mereka sahaja mendapat tahu lokasinya," katanya kepada Bernama di sini, Isnin. Ghuzlan berkata enam ekor ayam sabung dan peralatan menyabung ayam dirampas dalam serbuan itu.

Katanya polis mengambil masa agak lama untuk mengesan sindeket itu yang dipercayai turut menjalankan aktiviti mereka di Seberang Perai Utara dan Seberang Prai Selatan serta Pulau Pinang.Mereka yang ditahan, berusia 28 hingga 45 tahun, direman selama tiga hari mulai hari ini dan disiasat mengikut Akta Judi Rumah Terbuka (AJRT), kata Ghuzlan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.