Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

23 Januari 2010

Jenazah Sultan Iskandar selamat disemadikan


JOHOR BAHRU: Jenazah Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail selamat disemadikan di sebelah makam ayahanda baginda dalam satu istiadat pemakaman diraja di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, hari ini. Istiadat itu disempurnakan dengan siraman air mawar dan taburan bunga rampai selepas bacaan doa dan talkin oleh Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Seri Mohd Nooh Gadot.

Terdahulu, Tunku Bendahara Tunku Abdul Majid dan cucunda-cucunda Almarhum, termasuk Raja Muda Tunku Ismail Ibrahim bersama-sama menimbus tanah dalam liang lahad makam baginda. Sebelum itu, semasa upacara perangkatan jenazah, sebuah pedati khas digunakan untuk membawa jenazah Almarhum Sultan Iskandar yang turut dinaiki Tunku Abdul Majid dan Tunku Ismail Ibrahim, dengan diiringi anggota kerabat diraja Johor dan anggota pasukan Timbalan Setia Negeri Johor dari Istana Besar ke makam diraja.


Upacara perangkatan itu sejauh 3 kilometer dari Istana Besar diiringi dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.
Selain itu, sebanyak 77 das tembakan mariam disempurnakan oleh 41 Bateri Istiadat Kem Sungai Buloh, sebagai menandakan usia Almarhum semasa kemangkatannya. Ribuan rakyat jelata turut beratur di sepanjang jalan dari Istana Besar ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum. Sultan Iskandar mangkat di Hospital Pakar Puteri di sini pada 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke hospital berkenaan kerana gering.


Tunku Ibrahim dimasyhur sebagai Sultan Johor




JOHOR BAHRU: Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan secara rasmi sebagai Sultan Johor dalam satu upacara yang diketuai Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di Istana Besar, jam 10.21 pagi ini.

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah, saya hadir di istiadat pemakaman ini. Ramai rakyat jelata dari terutama rakyat Johor hadir di istana. Begitu juga yang memenuhi melihat dan berbaris sepanjang 3 km sewaktu perjalanan ke perkuburan. Ini menggambarkan kecintaan dan kesetiaan rakyat Johor kepada Sultan.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.