Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

31 Disember 2009

Harga Gula Naik 20 Sen


Gula naik 20 sen mulai esok


PUTRAJAYA: Kerajaan akan menaikkan harga gula di seluruh sebanyak 20 sen mulai esok, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Md Zain Md Dom, sebentar tadi. Ketika ini, harga gula di pasaran tempatan adalah RM1.40 sekilogram. (Berita Harian)

30 Disember 2009

BOMOH PEROSAK RUMAHTANGGA ORANG



Beberapa bulan lepas, ada satu kes yang berat, iaitu retaknya rumahtangga, sehingga berlaku peceraian dan tuduh menuduh dalam rumahtangga. Cerita berlaku apabila seorang isteri yang katanya ada sakit tetapi tidak pulih apabila pergi ke klinik dan hospital. Sakitnya itu lebih pada rasa pening-pening yang berpanjangan. Dia tidak berusaha untuk bertemu doktor yang sesuai untuk tindakan susulan. Maka dia jumpa seorang bomoh di daerah ini. Soal bomoh itu betul atau tidak, mujarab atau tidak, tidak jadi keutamaan. Tapi pada wanita itu bahawa beliau berusaha untuk sembuh. Orang kita selalu guna perkataan 'ikhtiar' untuk menghalalkannya berjumpa bomoh.

Waktu berjumpa bomoh itu, wanita itu ceritakan masalahnya pada bomoh, kononnya dia syaki ibu mertuanya 'membuatnya'. Wanita itu memang ada sedikit pergeseran dengan mertuanya. Isteri kena fahamlah, bahawa pergeseran kecil dengan mertua memang biasa berlaku. Memanglah, mertua tak sama dengan emak kita, emak kita lain, kita bersama emak kita sejak kecil. Jadi, kalau ada sedikit terasa hati dengan mertua, sebagai menantu kenalah merendahkan diri walaupun kekadang kurang senang. Ingatlah, ini zaman kita jadi menantu, akan datang kita juga akan jadi mertua satu masa nanti. Tak mustahil, menantu kita nanti akan bermasam muka dengan kita. Malah mungkin lebih hebat lagi. Ingat, Allah Maha Adil.

Bomoh pun ubatlah dan bila selesai, bomoh kata memang betul ibu mertuanya yang buat. Katanya ibu mertua guna bomoh Siam dan sukar dipulihkan oleh bomoh itu. Maka, perbalahan wanita itu dengan mertuanya bertambah parah, kalau dulu tidak bertegur, sekarang jadi perang mulut, kemudiannya jejak kaki ke rumah mertua pun tidak. Bila ada pihak mendamaikannya, dia gunakan 'bomoh' itu sebagai hujah yang menyokongnya membuat perkara buruk itu. Pada mulanya, suaminya lebih bersikap berdiam diri, akhirnya sudah tidak tahan dengan kerenah isterinya. Perkahwinannya berakhir dengan perceraian.

Kes Yang Lain pula

Tadi, ada satu kes yang ada kaitan dengan bomoh juga. Ini melibatkan seorang wanita lewat 30-an. Bomoh yang dia jumpa itu kata,

"masalah yang besarnya adalah di dalam  rumah".
Itu saja yang bomoh kata. Bila wanita itu tanya, maka bomoh tak beritahu, dia kata selidiklah sendiri. Maka dalam kes ini, dia tuduh suaminya yang jadi 'pembawa sial' dalam rumahtangganya. Katanya dia dapat tahu itu bila dia solat hajat. Yer atau tidak, wanita ini sebenarnya bermain dengan perasaannya. Konsep solat hajat sudah dipesongkan dan dijadikan alasan untuk menuduh suaminya sebagai sial.

Saya sungguh kesal, kerana yang berkata itu bukan orang sebarangan tapi berstatus guru di sebuah sekolah menengah di sini. Kerana percayakan bomoh, hidupnya terumbang ambing dan di ambang kemusnahan. Dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan suaminya walaupun belum bercerai secara sah. Jadikan cerita ini sebagai tauladan, jauhi bomoh kerana boleh membawa kita kepada syirik, dosa yang paling besar dan tidak diampunkan oleh Allah.

Kisah Rumahtangga Tunggang Terbalik



Semalam datang seorang wanita usia 18 tahun ditemani ibunya, datang nak mengesahkan perceraiannya yang baru dilafazkan suaminya. Yang hairannya, pasangan ini baru bernikah 10 bulan, kemudiannya bercerai. Lebih menghairankan lagi, pasangan ini ada anak lelaki comel berusia 9 bulan. Pelik sungguh, macammana kahwin 10 bulan, ada anak 9 bulan, tak masuk akal. Rupanya anak luar nikah, waktu berkahwin, wanita ini dah mengandung.

Bila ditanya lanjut, waktu berkahwin, wanita ini umur 17 tahun, lelakinya baru 15 tahun. Lepas kahwin, suami isteri tak bekerja, mak ayah dia yang tanggung. Lepas nikah, duduk sama rumah keluarga perempuan. Tapi lepas lahir anak, suaminya terus tak balik rumah. Tinggal pula satu taman saja cuma berbeza jalan, maka selalu lah terpandang, tapi tak tegur dan suami tak kisah pasal anak. Saya nak nasihat kat pasangan ini, sampai tak terkata. Cuma mampu istighfar dan mengeleng kepala saja. Kepada  orang lain, jadikanlah kisah ini sebagai tauladan.

TANGKAP PENGANTIN DAN JURUNIKAH PALSU


Malam tadi lebih kurang jam 10.00 malam, saya dan penguatkuasa telah menahan satu pasangan pengantin di sebuah bilik hotel di Kluang. Turut ditahan adalah jurunikah palsu berusia 38 tahun yang datang dari daerah luar(juga dalam negeri Johor). Turut hadir dalam majlis tersebut adalah wali pengantin perempuan iaitu ayah serta saudara mara kedua-dua belah pihak. Pengantin perempuan dipercayai sudah mengandung luar nikah berasal dari Kluang,  manakala lelaki sudah mempunyai isteri berasal dari Johor Bahru.

Kes ini masih di dalam siasatan lanjut penguatkuasa.

29 Disember 2009

Hati-hati Sendikit Penipuan Judi Ekor


Waktu saya jadi penguatkuasa dulu, saya mendapat aduan melalui telefon, bahawa seorang lelaki kena tipu oleh sendikit judi nombor ekor. Malangnya orang itu enggan datang ke pejabat kerana takut. Mestilah takut, dia kaki judi, takkanlah nak cari nahas nak serah diri. Jadi saya buat tak kisahlah dengan aduan ini sebab dia sendiri tak mahu bekerjasama, lagipun di luar bidang tugas saya. Kes tipu pergilah buat laporan polis.

Tak berapa lama kemudian, saya mendapat tahu dari seorang pegawai polis bahawa waktu itu ada sendikit penipuan judi nombor ekor. Caranya begini.... Bila keluar keputusan nombor ekor, warga Indonesia ini akan mencetak satu tiket judi yang bermutu tinggi hampir sama yang betul. Contohnya nombor satu ialah no 2222, maka dia akan cetak, kononnya dia telah beli tiket ini. Cuma dia tak boleh menukarkan tiket ini kerana dia tidak mempunyai kad pengenalan atau pasport yang sah. Maka tiket ini dijual dengan harga lebih murah tapi tunai.

Aduan kepada saya ialah, warga Indon itu beli RM 10 dan dapat tempat pertama. Jadi kalau tukar, boleh dapat RM 20,000. Maka dijual tiket ini kepada orang kita yang juga kaki ekor dengan harga lebih murah. Kalau tak ada duit, motosikal pun boleh diberikan walaupun tak perlu tukar nama. Tapi bila lelaki ini ke kedai judi, tauke kedai itu dapat tahu itu palsu dan buat laporan polis. Maka dia disiasat kerana menipu. Maka timbullah cerita rupanya dia kena tipu oleh lelaki Indon ini.

Ingatkan waktu itu saja ada sendikit ini. Rupanya sekarang pun ada juga, memang banyak kes seperti ini di seluruh negara menggunakan taktik yang sama. Malangnya ramai juga orang kita yang tertipu, yang tertipu ttu biasanya kaki judi juga. Dah kena tipu, baru menyesal, ada juga yang terpaksa bermalam dalam lokap.


28 Disember 2009

KALAU KAWAN KITA NIKAH LAGI SATU, LEBIH BAIK DIAMKAN SAJA


Waktu saya jadi penguatkuasa JAIJ dulu, jam lebih kurang 10.00 malam saya dapat aduan dari kawan saya seorang kakitangan kerajaan. Katanya ada wanita sepejabatnya nak terjun hotel selepas mengetahui suaminya nikah lagi satu. Saya lupa pulak tingkat berapa, yang pasti tinggilah hotel tu. Kebetulan saya tak ada tugas lain hari tu dan saya terus ke sana tapi bukan ke hotel tapi ke sebuah kedai mamak berhampiran. Saya minum dan makan di situ dulu dan kawan saya tu datang dan bercerita lanjut. Saya rasa, saya tak perlu tergesa-gesa ke hotel itu. Katanya di lobi hotel itu juga terdapat suami wanita itu dan rakan sepejabat lain. Saya hairan juga kenapa perkara ini boleh berlaku...

Rupanya, kawan saya tu yang beritahu   wanita itu yang suaminya dah kahwin lagi satu.  Katanya,

"Saya beritahu dia sebenarnya bersimpati dengan masalah rumahtangganya, kesihan tengok dia dimadukan. Tapi sekarang lain pula jadinya. Tak sangka pula dia tak balik rumah kemudian sewa hotel dan ugut nak bunuh diri.". Kawan saya tu kata.

"Serius ke dia nak terjun, ke saja-saja jer". Saya tanya

"Serius tak seriuslah, kalau dia terjun boleh mati. Harap-harap tak terjunlah". Cerita kawan saya tu.

Habis saja saya makan, kawan saya ajak saya pegi hotel, tapi saya tak mahu. Saya kata,
"Iini bukan kerja saya, bukan bidang kuasa saya, saya ada banyak kerja lain. Pergilah buat laporan polis, mungkin polis boleh bantu.".  Kata saya. Kawan saya tu pening kepala. Lepas tu dia kata lagi.

"kalau dia terjun macam mana ?" Katanya.

"kalau dah terjun, umur tak panjang matilah".
Saya jawab macam main-main tapi serius. Mungkin dia faham maksud saya, maksudnya mendalam. Sikit pun saya tak gelak. Lepas tu saya ke pejabat, ada operasi lain. Lain kali kalau nak nasihat orang atau bersimpati dengan rumahtangga orang, berhati-hatilah. Sekarang apa dah jadi. Bila dah jadi macam tu, barulah nak mintak tolong saya selesaikan, apa kena mengena dengan saya. Ok,cukuplah saya cerita setakat ini, cerita  ni tiada sambungan lagi.
SEKIAN.

Kes Khalwat Rakyat Malaysia di Arab Saudi


Rakyat Malaysia yang berada di negara asing sepatutnya menjaga akhlak dan tidak terlibat dalam kegiatan jenayah dan maksiat. Kisah khalwat warganegara kita yang saya paparkan dalam artikel saya sebelum ini menjadi perhatian ramai. Alhamdulillah, kes tersebut akhirnya selesai. Kepada individu yang terlibat dan juga orang lain, jadikan kes ini sebagai pengajaran. Jagalah nama baik  negara kita waktu berada di luar negara.

Sila rujuk akhbar Berita Harian Hari ini:
KUALA LUMPUR: Seorang jurutera dan jururawat warga Malaysia yang menghadapi tuduhan berkhalwat di Jeddah, terlepas daripada dikenakan hukuman sehingga 70 sebatan serta penjara apabila mendapat pengampunan Kerajaan Arab Saudi. Rakan pasangan itu yang juga rakyat Malaysia, yang ditahan kerana bersubahat dalam kes berkenaan serta cuba melarikan diri dari Arab Saudi dengan menggunakan pasport palsu Indonesia, turut diberi pengampunan.

Menurut sumber, pengampunan itu diberi minggu lalu, tetapi rakan pasangan terbabit yang kini dalam tahanan pihak berkuasa Arab Saudi akan dihantar pulang ke Malaysia tidak lama lagi dan tidak dibenarkan tinggal serta bekerja lagi di negara itu.

27 Disember 2009

Harga RM 3.00 Tapi Kena Bayar RM 3.50


Jam 6.00 petang tadi saya singgah di sebuah warung tepi jalan waktu balik berceramah kursus pra perkahwinan. Hari ini banyak sesi ceramah saya. Warung itu bukan dalam daerah Kluang. Saya minta 2 bungkus mee goreng dan 2 bungkus nasi goreng. Saya juga minum teh tarik segelas di kedai tu.

Saya terkejut masa bayar, iaitu RM 15.20, sebab kalau dilihat pada tanda harga yang terpampang besar di kedai tu saya kira sekitar RM 13 saja. Rupanya mee goreng dan nasi goreng RM 3.50 bukannya RM 3.00 seperti tertulis. Bila saya tanya, kenapa tak sama dengan tanda harga tu, peniaga tu kata kalau bungkus kena tambah 50 sen. Teh tarik pula RM 1.20 segelas. Bia saya pertikaikan dia terus partahankan juga.

"Abang, patut kenalah sama dengan harga yang ditulis. Kalau bungkus kena tambah 50 sen, patut kena tulis juga". Kata saya.

"Sini makanan bungkus semua kena tambah 50 sen, saya niaga dah lama kat sini". Kata peniaga tu.

Inilah Sikap Peniaga Sebahagian Melayu

Sebenarnya, saya bukan nak berkira sangat dengan 50 sen tu, kalau 4 bungkus maknanya RM 2.00, saya bukan nak berkira sangat. Cuma saya nak tegur di sini adalah sikap peniaga orang kita. Berniaga kena jujur, jangan menipu atau ada unsur melindungi atau menyembunyikan sesuatu. Kalau harga betul RM 3.50, tulis saja, pelanggan tak kisah. Yang sangsinya, kenapa harga lain. Inilah antara penyebab dan petanda kedai itu akan merosot, pelanggan satu persatu akan lari.

Kalau Saya Jadi Peniaga tu, Saya Kasi Saja Harga RM 3.00

Kalau nak niaga lama, kalau pelanggan dah pertikai, benarkanlah cakap pelanggan tu. Kasi saja RM 3.00, biar rugi sikit (sebenarnya tak rugi pun, modal bukan sebanyak tu). Kalau dia tak kasi diskaun, hari ni dia untung, hari lain dia rugi, percayalah.

Peniaga Islam Jangan Sombong dan Cakap Besar

Peniaga tu kata dia dah lama niaga. Ayat ini nampak macam ada sombong sikit, janganlah begitu, rezeki kita Allah Taala yang tentukan. Hari ini dan sebelumnya kita untung, esok lusa belum tahu. Dia niaga atas tanah kerajaan yang dibina warung yang saya percaya tiada lesen. Bila-bila saja pihak berkuasa boleh robohkan. Dia juga mungkin tak ada surat daripada kementerian kesihatan. Dia ada seorang pekerja yang mungkin Pakistan. Saya pasti tak ada permit kerja.

Harga yang salah dan mengelirukan tu boleh diambil tindakan termasuk dakwa di mahkamah oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna. (tengok kes gerai nasi dagang yang letak harga salah pada kepala ikan dulu).Peniaga ini sebenarnya kena berhati-hati dengan pelanggan dan jaga hati pelanggan. Kalau pelanggan dah sakit hati, mungkin pelanggan buat 'report', habis terus warungnya itu. Waktu tu jangan menyesal tak habis....

Teh Tarik kenalah Sedap, Bukan Cincai Saja

Teh tarik di kedai itu tak lulus lansung. Kena belajarlah cara buat teh tarik dengan orang yang ada pengalaman, buka kedai makan ni bukan senang, jangan anggap tak penting cara buat teh tarik tu. Gunalah 'Boh Tek Tarik', saya pun ada ajar dalam blog saya ni (bacalah tulisan saya yang terdahulu). Susu pekat yang digunakan eloknya F&N atau Cap Teko, tapi kalau mahal, pakai susu lain pun boleh juga, rasa pun ok juga. Jual teh tarik, janganlah sampai RM 1.20, seringgit pun dah cukup untung. Kalau jual seringgit, untungnya sudah 70 sen.

Saya Suka  Peniaga Islam Berjaya, Sebab Itu Saya Tegur

Saya tak bergaduh dengan sesiapa, apa lagi nak simpan dendam dengan sesiapa. Cuma saya nak paparkan kisah masyarakat, yang baik jadi tauladan, yang tak baik jadikan sempadan. Ini boleh jadi modal saya dalam ceramah.Saya selalu dijemput berceramah kepada usahawan dan peniaga. Pepatah Jawa selalu kata "a customer is always right". Maka hati pelanggan hendaklah selalu dijaga kerana atas sokongan pelangganlah perniagaan kita berkembang maju, insyaallah.




26 Disember 2009

LETIH MAK MERTUA MASAK SAHUR, MENANTU TAK PUASA


Seorang lelaki usia 30-an ditangkap sewaktu makan nasi di belakang sebuah warung di Johor Bahru pada siang hari bulan Ramadhan. Dia bekerja di pejabat di tengah bandar, sudah beristeri dan mempunyai seorang anak. Di rumah dia puasa tapi waktu tengahari di pejabat tak puasa. Memanglah tak disangka, kerja pejabat bukan seteruk kerja buruh di luar, makan pula dengan kawan sepejabat.

Bila ditangkap, isteri dan mak mertuanya datang ke pejabat agama untuk jadi penjamin. Isterinya kerja cikgu di sebuah sekolah menengah di Johor Bahru. Mak mertuanya tak tahulah kerja apa, tapi nampak macam dah bersara atau tak bekerja. Di pejabat, mak mertua dia kata,

"Makcik tak sangka dia tak puasa, hari-hari makcik masakkan sahur untuk dia. Penat makcik bangun masak, ingatkan dia puasa".

24 Disember 2009

Orang Cacat Ditangkap Berjudi


Suatu hari saya buat operasi sekitar Johor Bahru. Biasanya kalau kedai sudah penuh dengan orang Islam, tangkapan segera perlu dilakukan apabila penguatkuasa sampai. Ini dibimbangi kalau mengambil masa yang lama, mungkin kaki judi mengenali penguatkuasa.

Waktu tangkapan dibuat, biasalah ramai yang suba melarikan diri. Yang tak berjaya lari akan ditangkap. Tetapi berlainan dengan seorang lelaki Islam yang ada di dalam kedai itu, dia tidak lari. Terus saya tahan, memang dia Islam bila tengok kad pengenalannya, usia 40-an. Dia orang cacat, berjalan masuk kedai judi pakai dua tongkat kiri dan kanan dan pergi kedai ekor naik teksi. Bila soal siasat, dia cacat dalam 2 tahun lepas akibat kemalangan. Dia tak bekerja, hanya isteri bekerja di kilang untuk membesarkan 4 orang anaknya.

Apalah orang ni, dah cacat, masih tak sedar. Allah beri dia umur panjang, selamat dalam kemalangan jalanraya walaupun cacat. Ini pun takmahu sedar ke ? Isteri dia suka ke dia main ekor ? Apa... suka ?

PONDAN AMY TERPAKSA MENGAKU KESILAPANNYA (Episod 5/5) Akhir

SAMBUNGAN...
Bila dapat aduan sebegitu, saya panggil 2 orang perisik untuk dapatkan maklumat lanjut lagi tepat. Perisik pertama dan kedua ini diberikan tugas yang berbeza dan dia tak kenal antara satu sama lain. (Memang kerja risikan ini kena ada kerahsiaan yang tinggi, perlu bergerak dalam senyap). Perisik ini orang pejabat saya pun tak kenal kecuali seorang saya seorang saja.  Tumpuan yang saya berikan padanya adalah aktiviti pondan di Jalan Dhobi, seminggu saya beri masa kepada perisik saya.

Operasi pondan dihentikan agak lama juga, kira-kira sebulan untuk melihat keberkesanan operasi selama ini. Seminggu selepas tugas diberikan kepada perisik saya, saya dapati apa yang diadu oleh pondan yang kena tangkap itu ada betulnya. Kedua-dua perisik ini mendapat maklumat perisikan yang hampir sama. Jadi, kesimpulan yang saya buat, operasi perlu dibuat dan ada pondan yang sangat penting untuk ditangkap.

Saya buat operasi khas dengan bantuan RELA untuk mengepung jalan-jalan sekitar Jalan Dhobi. Jumlah anggota RELA melebihi 50 orang. Beberapa orang pondan ditangkap dan antara yang tertangkap itu adalah Amy. Dia berpakaian yang sangat seksi dan duduk di situ mencari pelanggan. Secara jujur, kalau nak bandingkan antara pondan-pondan, Amy yang paling cun dan boleh menyelerakan pelanggannya. Bila Amy dimasukkan ke lokap, saya tidak mahu berjumpa dengannya. Pada saya, dia sudah banyak menipu dan melengah-lengahkan kerja saya. Esoknya, dia minta untuk berjumpa saya sebelum dia dihadap ke Mahkamah.

"Tuan Khalil, saya berada di situ untuk mendampingi anak-anak buah saya, bukan untuk buat kerja tak senonoh". Kata Amy. maklumlah dia pelajar fakulti undang-undang tahun akhir, memang bijak kalau cakap pasal undang-undang.

"Tapi Amy, sudah cukuplah apa yang kamu janji pada saya selama ini, saya sudah cukup sabar selama ini". Saya meluahkan perasaan saya.

"Tuan, kalau saya didakwa hari ini, maka anak buah saya akan hilang kepercayaan pada saya, ini tak sepatutnya berlaku, saya menyesal". Amy terus merayu.

"Ok, kamu nak damping anak buah kamu tak salah, tapi cara kamu berpakaian itu yang salah. Kenapa perlu berpakaian wanita di lorong gelap ?Saya sudah ada laporan dan perisik saya mempunyai maklumat lengkap, yang kamu sudah beberapa hari di Jalan Dhobi, kamu jangan berdalih lagi". Saya kata, membuatkan Amy terdiam seketika.

Amy akhirnya didakwa di Mahkamah bersama rakan-rakannya yang lain. Lepas itu saya malas nak jumpa Amy lagi, Saya ada banyak kerja lain daripada nak layan dia yang banyak songel tu. Selang beberapa minggu, operasi pondan diadakan lagi di Jalan Dhobi bersama RELA. Ramai yang ditangkap dan salah seorangnya adalah Amy. Amy tercedera ringan waktu cuba melarikan diri, akhirnya tertangkap juga. Saya tidak lagi terkejut. Esoknya di pejabat, Amy jumpa saya lagi. Kali ini dia dalam nada berbeza, dia sudah tidak boleh menyembunyikan perasaannya  lagi.

"Tuan Khalil, saya manusia biasa, naluri saya pada lelaki, saya tak boleh ubah kehendak diri saya". Kata Amy, kemudiannya dia didakwa lagi.

23 Disember 2009

Jual Jamu Kurus Badan, Patut Yang Jual Kena Kurus Juga



JAMU KURUS BADAN

Tadi saya ke sebuah pasaraya di Kuala Terengganu, jalan-jalan tak beli apa pun. Saya singgah di sebuah kedai jamu, yang banyak jual ubat kurus badan. Tapi yang tak kenanya, wanita yang jual tu tak kurus. Patut kenalah orang kurus yang jaga kedai tu.

KEDAI MAMAK DI TERENGGANU

Sebelum ini, tak banyak kedai mamak di Terengganu. Dulu adalah juga satu dua kedai yang tak berapa nak hidup. Orang sini lebih suka makan nasi dagang dan nasi minyak, mamak tak ada ruang dapat pelanggan. Tapi sekarang, kedai mamak dah mula banyak dan ramai pelanggan. Sempat juga minum teh tarik kat sebelah Mydin Kuala Terengganu tadi.

PENGAWAL KESELAMATAN KEDAI EMAS

Tadi ronda-ronda sekitar Kuala Terengganu. Nampaknya kebanyakan kedai emas sudah ada pengawalan keselamatan, tidak seperti sebelum ini. Peniaga emas di sini masih terbayang rompakan sejuta oleh Pak Arab. Di kedai Habib Jewel, pengawal keselamatanya lengkap bersenjata dan sentiasa bersedia. . Takut juga saya lalu depan kedai emas, pengawal tu tengok saya semacam jer...mungkin muka saya sekali pandang macam Arab, dua kali pandang macam Bangla....hahaha. Tiga kali pandang baru macam Melayu.

BUAT PROJEK SAMPAI TAK SEDAR ADA CCTV

Suatu kisah berlaku di sebuah daerah di negari Johor tak berapa lama dulu. Waktu itu saya sebagai pendakwa syarie. Kes berlaku apabila pasangan remaja 20-an pergi ke sebuah bangunan di bawah tangga pada siang hari. Pasangan ini telah melakukan hubungan sex dan dirakam di kamera cctv di situ. Aksi ini dilihat lintas lansung oleh  pengawal keselamatan yang berada di bangunan atas. Kemudian beberapa orang pengawal keselamatan bergegas ke tempat berkenaan. Kebetulan, pasangan ini baru saja selesai melakukan aksi panasnya.

Pengawal berjaya menahan pasangan ini dan diserahkan ke pejabat Agama. Video aksi mereka juga diserahkan. Selepas siasatan dibuat, kedua-duanya mengaku video itu adalah betul dan membuatnya secara sukarela. Kemudian pasangan ini kemudiannya dituduh di Mahkamah Syariah. Dalam kes ini, yang penting adalah pengakuan kedua-dua tertuduh secara sukarela, bukan sekadar ada cctv sahaja.

22 Disember 2009

Presiden Persatuan Pondan Menimbulkan Banyak Tandatanya...(Episod 4)

SAMBUNGAN...
Saya dapati kempen yang persatuan pondan ini jalankan adalah kempen menghindarii sakit AIDS, iaitu kempen pencegahan HIV. Ini termasuklah pamplet cara pemakaian kondom yang betul dan pondan semua hendaklah memastikan lelaki yang melanggannya memakai kondom. Sebenarnya, isu ini tidak pernah dibincangkan semasa perbincangan saya dengan Amy sebelum ini. Setahu saya, Amy akan memujuk pondan-pondan menghentikan kerja maksiat, bukan terus melakukannya walaupun memakai kondom. Bila Amy telefon saya, saya nyatakan kekesalan saya kerana perkara ini berlaku. Saya kata, saya tak setuju dengan kempen sebegini. Pada saya, maksiat tetap maksiat walaupun pakai kondom.

Selepas itu, hasil risikan saya, pondan terus menjalankan aktivitinya, seolah-olah persatuan tidak berjaya memujuk mereka. Maka tempoh untuk saya berdiam diri nampaknya sudah tamat. Amy pula sudah tidak menghubungi saya, saya tidak tahu kenapa. Operasi dan tangkapan dilakukan seperti biasa. Dua orang pondan ditangkap dan didakwa. Bila sudah ditangkap, saya terkejut apabila ada pondan yang ditangkap ini menceritakan mengenai Amy bila saya tanya tentang persatuan pondan ini. Pondan ini cerita tidak elok terhadap Amy, kononnya Amy cakap  tidak serupa bikin. Dia kata Amy menipu saya di belakang.

Kemudian, saya dengar perbualan telefon antara pondan ini dan Amy melalui telefon. Pondan ini nampak macam marah-marah pada Amy. Katanya, disebabkan Amy lah dia kena tangkap. Katanya, Amy kata kalau guna kondom dan ambil langkah mengawal HIV, kononnya JAIJ tak tangkap. Saya tak percaya sepenuhnya cerita-cerita pondan ini, itu mungkin pergeseran sesama mereka. Pada pondan tadi, dakwa tetap dakwa, jangan ingat buat cerita sebegitu sekadar nak dapatkan simpati. Dalam hati saya, saya masih mengalu-alukan sumbangan persatuan, lagipun persatuan ini juga yang membuat tawaran. Malangnya Amy lama tak hubungi saya, saya tak tahu kenapa. Mungkin dia dalam kesibukan kerana dia pelajar tahun akhir universiti. Kehilangan Amy ini juga menjadi persoalan.

Lama selepas itu, pondan yang kena tangkap itu telefon saya. Dia kata dia tak lagi jalankan aktiviti maksiat. Cuma dia nak buat aduan mengenai kes pondan. Apa yang mengejutkan saya adalah aduan tentang Amy, individu yang mendakwa presiden persatuan ini.

MEMANG HEBAT





Ayyoyooo.... Ini macam kereta pun boleh jalan lagi ke.. ?

21 Disember 2009

Air Terjun Boleh Membunuh






Mandi di air terjun boleh bertukar tragedi mengerikan. Baru-baru ini beberapa orang mati lemas ketika mandi di air terjun. Air tiba-tiba jadi besar dan boleh membunuh. Lihatlah, air besar datang secara tiba-tiba, tanpa disangka-sangka. Ini mungkin disebabkan berlaku hujan di atas gunung sedangkan di situ tidak hujan. Musim hujan yang tidak menentu sekarang, lebih merbahayakan.

PRESIDEN PERSATUAN PONDAN KUMPULKAN ORANGNYA (Episod 3)


SAMBUNGAN...
Amy, presiden persatuan pondan jumpa saya lagi dan minta saya berucap kepada pondan-pondan yang dia akan kumpulkan. Dia bercadang nak buat di sebuah rumah sewa di Taman Nong Chik, tak jauh dengan opis saya, iaitu rumah sewa salah seorang pondan. Ok, saya setuju.  Sebelum itu, saya buat risikan terhadap rumah itu, saya rasa ok.

Pada masa yang dijadualkan iaitu hari bekerja j am 2.30 petang saya sudah siap bersedia untuk berjumpa mereka. Hasil risikan, sudah ramai pondan berkumpul di rumah tersebut, hanya menunggu kedatangan saya saja. Saya sudah bersedia nak datang lebih kurang 5-6 orang menaiki kenderaan jabatan. Satu perkara yang mengejutkan ialah, Amy memaklumkan bahawa perjumpaan itu terpaksa dibatalkan. Bila saya tanya sebab apa, dia kata hasil perbincangan antara mereka. Saya pun tak tanya lebih dari itu. Saya percaya, perjumpaan itu terus diadakan walaupun tanpa kehadiran saya.

Beberapa hari selepas itu, Amy datang jumpa saya menyatakan kesediaan persatuannya berkempen di Jalan Dhobi dan meminta serbuan dihentikan seketika. Kali ini saya tidak jawab ya, juga tak jawab tidak. Amy nampaknya serba salah. Dia minta maaf pada saya kerana mungkin menyangka saya sudah hilang kepercayaannya. Kemudian saya jawab,

"Ok. Saya beri peluang ini, tapi kalau perlu, serbuan akan terus dijalankan. Itu semua rahsia".

Amy nampaknya berpuashati dan katanya untuk turun sama berkempen di Jalan Dhobi. Dalam pada itu, saya juga menghantar perisik saya untuk melihat keadaan sebenar di Jalan Dhobi. Saya mendapat maklumat, masih ada sedikit pondan yang menjalankan kegiatan maksiat  mereka walaupun jumlahnya sedikit. Hasil risikan juga telah menemui beberapa risalah kempen yang diedarkan oleh orang tertentu yang tidak dipastikan siapa. Saya rasa mungkin persatuan pondan yang edar, memang benar tekaan saya.

Tapi, ada suatu yang mengejutkan saya......

Lain Kali Jangan Gaduh Dengan Imam


Beberapa hari lepas, datang seorang lelaki yang anak perempuannya nak nikah tak lama lagi. Masalahnya dia tak mahu imam di kawasannya menikahkan anaknya. Bila saya tanya sebabnya, dia kata dia lebih rapat dengan imam yang lagi satu yang juga jurunikah. Tapi masalahnya, imam itu bukan kawasannya.

Saya sengaja tak benarkan, saja-saja pada mulanya, nak biar dia beri alasan yang kuat. Rupanya dia memang nak juga dengan imam yang seorang lagi tu. Lepas tu, barulah keluar cerita yang dia ada gaduh dengan imam kat kawasannya itu. Gaduh pasal apa, tak payahlah nak cerita.  Bila saya dengar cerita darinya, rupanya sebab perkara kecil saja yang sepatutnya tak payah gaduh-gaduh.

Sekarang, anak nak nikah, cari imam juga. Perkara ini saya dah selesaikan. Cuma lain kali kepada orang lain, janganlah gaduh atau cari gaduh dengan imam. Suatu  hari nanti imam tu juga yang akan nikahkan anaknya.

Satu perkara lagi yang kita semua mesti mau ingat, nanti kalau meninggal dunia, tak mustahil imam tu juga yang jadi imam solat jenazahnya.
PESANAN PENAJA...JANGANLAH GADUH DENGAN IMAM

PRESIDEN PERSATUAN PONDAN DATANG JUMPA SAYA (Episod 2)

SAMBUNGAN
Esoknya sebelah petang, datang 2 lelaki hensem ke bilik saya. Katanya dari persatuan pondan itu. Pertamanya saya nak tahu berkenaan persatuan dia, adakah persatuan pondan Malaysia seperti yang dimaksudkan itu. Rupanya persatuan memang wujud, cuma didaftarkan atas nama syarikat beralamat di Kuala Lumpur. Katanya persatuan ini untuk jaga kebajikan pondan-pondan seluruh negara. Seperti yang diberitahu kepada saya, penasihatnya bukan pondan tetapi seorang perempuan yang sangat terkenal dan aktif dalam NGO di negara kita (tak perlulah sebut nama individu itu).

Amy (bukan nama sebenar) yang mendakwa presiden tadi adalah pelajar di Fakulti Undang-undang di sebuah universiti tempatan. Dia mengaku, dia adalah lelaki lembut tetapi kurang senang kalau orang menggelarkan dirinya 'pondan'. Ok, tujuan dia datang adalah kerana dia nampak JAIJ begitu giat membuat serbuan ke atas pondan-pondan sehingga persatuan telah mendapat aduan. Katanya, ada pondan nak bunuh diri dengan berbaring di atas jalan keretapi di Johor Bahru. Bila saya tanya, dah bunuh diri ke belum, dia kata belum.

Dia kata, JAIJ sepatutnya menghormati mereka kerana naluri, perasaan dan nafsu sex mereka berbeza dengan lelaki lain walaupun mereka dilahirkan sebagai lelaki. Amy cuba meyakinkan saya bahawa kerja pondan di Jalan Dhobi itu bukan kehendak sendiri tetapi datang dari naluri dalaman yang amat kuat. Mereka juga sukar untuk mendapatkan kerja lain kerana katanya majikan memandang serong ke atas mereka. Amy kata, adakah JAIJ boleh meyediakan mereka dengan kerja yang baik kalau mereka menghentikan kegiatan mereka ?

Ok, saya pun jawab. Dari segi nafsu, perasaan dan naluri, kehandak sex dan sebagainya itu saya tak nafikan. Cuma saya kata, jangan menyundal di tempat awam dan menjadi pelacur pondan. Kalau dibuat secara tertutup di kalangan mereka, tiada siapa pun yang nak kacau. Dalam soal pekerjaan, bukan masyarakat pemandang serong kepada mereka. Kalau mereka elok-elok berpakaian lelaki dan berkerja, itu tiada salahnya. Yang jadi orang pandang serong adalah kalau mereka pakai pakaian wanita seksi yang lebih seksi dari wanita. Soal kerja saya tak janji JAIJ boleh sediakan kerja, kena usaha sendiri, kalau ada kekosongan dan kelayakan bolehlah mohon. Saya kata dapat tak dapat saya tak tahu.

Kemudian Amy minta saya supaya menghentikan operasi atau berhentikan sementara. Katanya beri masa untuk di menerangkan kepada ahlinya supaya kegiatan mereka mengikut undang-undang di Johor ini. Bab ini saya setuju berhentikan sementara operasi dan minta persatuan bekerjasama. Dia kata malam ini juga dia akan hentikan kegiatan tak bermoral di Jalan Dhobi. Dia beri tempoh seminggu untuk memberi penerangan. Yer, saya setuju, saya setuju...

Malangnya, 2-3 hari selepas itu, maklumat yang kita dapat, pondan tetap ada di Jalan Dhobi dan saya arahkan supaya pondan ini ditangkap. Saya terpaksa langgar perjanjian gencatan senjata ini, ops silap, mana ada senjata. Beberapa pondan ditangkap dan didakwa tapi jumlahnya jauh berkurungan. Keesokannya, Amy telefon saya dan suara saya seperti marah-marah seolah-olah kena tipu dengan perjanjian ini. Amy kata, pondan itu yang degil dan tidak mahu ikut nasihat persatuan. Ok, saya boleh terima alasan ini, tapi saya kata, teruskan peranan persatuan untuk menghentikan kegiatan ini. Dia berjanji nak bantu.

20 Disember 2009

Presiden Persatuan Pondan Ugut Saya...(Episod 1)

Dulu masa saya hari-hari serbu dan gasak pondan di Jalan Dhobi, Johor Bahru, kegiatan mereka hampir lumpuh sama sekali. Ramai yang ditangkap dan didakwa, jumlahnya berpuluh-puluh termasuk kes orang yang sama tertangkap. Ada juga pondan dari luar seperti Indonesia dan Thailand yang menyundal di sini turut dikenakan tindakan tegas. Akhbar masa itu terutama Harian Metro, Utusan Malaysia dan Berita Harian telah memberi sokongan yang penuh sehingga pondan-pondan takut untuk meneruskan aktiviti mereka. Waktu itu nama saya naik di kalangan pondan-pondan dan cukup digeruni dan dimarahi.

Satu hari saya dapat panggilan telefon dari seorang pondan, katanya ada pondan nak bunuh diri dengan berbaring atas rel keretapi. Katanya dia nak buat begitu sebagai bantahan kepada penguatkuasa JIAJ yang banyak tangkap mereka. Saya macam percaya tak percaya dengan apa yang dia cakap sebab saya rasa tiada kaitannya dengan tugas saya. Saya rasa, pondan ini nampaknya macam nak buat ugutan, dia ingat kita takut dengan lakonan dia tu.

Saya fikir pada masa itu, kalau dia nak bunuh diri, itu hal dia, apa kena mengena dengan saya, saya hanya mampu nasihat. Yang saya fikir waktu itu, kenapalah pondan-pondan ini buat kenyataan macam tu. Sepatutnya dia kena fikir, saya ni bukan sejiwa dengan mereka tu. Kalau golongan mereka tu, saya percaya ada rasa isu yang sangat besar dengan buat cerita nak bunuh diri ni.

Kalau sesiapa yang belum tahu naluri dan perasaan pondan, saya nak terangkan sikit, sikit je nak terang, banyak sangat meluat pulak nanti. Dia orang ni sensitif, malah lebih sensitif dari perempuan. Dia sama-sama mereka cukup rapat macam adik beradik, sampai ada yang menangis betul-betul kalau kawan mereka kena tangkap. Lepas tu suka menjerit kalau kena sergah, menjerit 'miang' namanya tu. Kalau kena tangkap, nak duduk dalam lokap perempuan, taknak duduk lokap lelaki, susah nak melayan dia orang ni. Lagi, kalau dia orang memujuk tu bukan main cair mengalahkan GRO perempuan. Dan macam-macam lagilah dia orang ni. itu dunia dia. Cuba beritau dia orang sikit, jangan anggap orang lain macam perasaan macam dia, termasuk saya ni.

Satu hari, saya dikejutkan dengan pangggilan telefon dari seorang lelaki lembut dari Kuala Lumpur. Dia kata dia presiden persatuan pondan Malaysia dan nak jumpa saya dan tanya bila saya kelapangan. Mula macam tak percaya, entah ada ke tidak persatuan pondan Malaysia, kemudian saya benarkanlah dia nak jumpa saya. Jumpa apa salahnyer..... Dia kata esok dia nak datang.

BERSAMBUNG KE EPISOD 2
http://kadikluang.blogspot.com/2009/12/presiden-persatuan-pondan-datang-jumpa.html (Episod 2)

19 Disember 2009

Suami Lacurkan Isteri


Jalan Dhobi, Johor Bahru waktu malam terkenal dengan perkara yang mengotorkan iaitu maksiat dan jenayah. Jenayah yang popular  adalah seperti ragut, pengedaran dadah, manakala maksiat adalah pondan dan pelacuran. Jalan Dhobi siang nampak ok, tetapi malam dipenuhi dengan aktiviti maksiat. Kalau orang yang tidak biasa dengan situasi ini mungkin nampak biasa, tapi saya yang tahu perkara sebenar, nampak suatu yang tidak elok di sini dan perlu dijauhi.

Serbuan oleh pihak polis untuk mengurangkan jenayah dan serbuan Jabatan Agama terhadap maksiat hanya reda seketika apabila operasi diadakan lebih kerap. Bagaimanapun, maksiat dan jenayah tetap berlaku terutama apabila polis dan Jabatan Agama 'tidak terkejar' untuk menumpukan kawasan ini. Maklum sajalan, JAIJ dan polis bukan seramai mana untuk menumpukan kes di sini saja, beban tugas di kawan lain juga banyak.

Dua tiga hari lepas, kawan saya dari luar, datang berkursus di JB tidur di Hotel Puteri Pan Pacific. Beliau bersama rakan-rakan berjalan-jalan menyuci mata waktu malam di kawasan tersebut. Bila dia telefon saya, saya nasihatkan dia lebih elok meninggalkan kawasan itu segera. Kalau lama di situ, dia mungkin boleh jadi mangsa jenayah ataupun boleh terperangkap dalam operasi polis atau JAIJ. Dia akur dengan nasihat saya, tapi esoknya dia telefon saya nak dapat cerita sebenar kawasan itu. Saya juga cerita beberapa pengalaman saya buat serbuan di situ. Kepada ibu bapa, sila nasihatkan anak-anak, kalau boleh jangan memasuki kawasan itu waktu malam. Banyak kes boleh berlaku kepada anak-anak, nak cerita pun panjang sangat.

Hari ni saya bukan nak cerita kes pondan yang sememangnya banyak di situ dari dulu, kini dan selamanya (mungkin). Ada satu kes iaitu, lelaki yang menjadi bapa ayam kepada isterinya yang jadi pelacur jalanan. Nampak sekali pandang, suami seolah-olah menjual tisu bersama isteri walaupun jam 12.00 malam, 2-3 pagi. Rupanya aktiviti pelacuran. Beberapa kali tangkapan  kepada isteri dan suami ini. 2 kali tangkapan, tidak didakwa kerana kekurangan bukti. Manakala tangkapan kali ketiga akhirnya didakwa dan dihukum oleh mahkamah.  Suami ini 'jual isteri' RM 60 seorang kepada pelanggan.
NASIHAT SAYA, AWASI DIRI DAN ANAK-ANAK ANDA...

18 Disember 2009

"Saya Seminggu Lagi Nak Nikah Lagi Satu"



Tahun 2004 dulu, saya menghadiri satu program anjuran JAKIM di sebuah hotel di luar negeri Johor. Johor menghantar 2 pegawai termasuk saya. Semasa program 3 hari ini, waktu makan, kami  sempatlah berkenalan dengan seorang pegawai agama dari sebuah negeri lain namanya Ahmad (bukan nama sebenar) umur 50 tahun lebih. Entah apalah puncanya, tiba-tiba termasuk pula bab kahwin dua ni. Tak tahulah puncanya boleh masuk topik kawin dua tu, tapi biasalah tu kalau lelaki berkumpul, terkeluarlah cerita macam tu. Pegawai itu cerita,

"Saya sebenarnya, seminggu lagi nak nikah lagi satu". Kata Ahmad. Terkejut juga orang lain mendengarnya.

Ini cerita real punya, bukan cubaan lagi.  Bila dah cerita camni, lagi ramai yang minat dengar. Berlaku pula soal jawab. Kawan saya yang dari Johor tu nampaknya macam berminat sangat, mungkin ada makna di sebalik tu.

"Kawin dengan siapa tu, anak dara ke janda ?" Tanya pegawai tu.

"Anak daralah satu pejabat, umur 30-an". Jawab Ahmad.

"Wah hebatlah. Isteri tak bising ke ?" Tanyanya lagi.

"Bising memanglah bising, tapi petuanya kawin saja dulu. Bising tu dah tentu, yang penting dah kawin dulu." Jawab Ahmad macam penuh keyakinan.

"Sebenarnya, bising orang perempuan ni bukan sampai ke mana" Tambah Ahmad lagi.


(Sebahagian cerita ini telah dibuang kerana dalam proses menulis buku berkaitan poligami. Sila dapatkan buku saya selepas ini. Terimakasih)



Ahli Parlimen dah Kahwin Artis ?


Seorang Ahli Parlimen  disahkan sudah bernikah dengan seorang pelakon terkenal,  dipercayai pada minggu lalu. Walaupun 'dia'enggan mengesahkan perkahwinannya itu, rakan karibnya, Datuk Mohamad Aziz yang juga Ahli Parlimen Sri Gading, semalam mengesahkan pernikahan mereka.

"Dah selamat...saya doakan beliau bahagia. Saya sempat berpesan kepada 'dia' jangan berahsia lagi... biar semua kawan tahu kerana ucapan tahniah adalah doa,” katanya ketika dihubungi semalam.  (Berita Harian)

Betul tu, kalau dah kawin istiharkan saja. Bukannya buat maksiat atau buat jenayah, YB.
SELAMAT PENGANTIN BARU, YB.

Rumah Dekat Tapi Tidur Hotel


Malam tadi, saya bersama penguatkuasa membuat operasi di sebuah hotel di Kluang sekitar jam 11.00 malam. Di dalam sebuah bilik, saya hairan kenapa wanita berusia 19 tahun tidur di hotel seorang diri. Gadis ini yang mengaku masih belajar di sebuah kolej, didapati rumahnya sekitar 5 km saja dengan hotel berkenaan.. Lebih menghairankan, bilik didaftar atas nama seorang lelaki.

Gadis ini terselamat dari ditangkap kerana tiada pasangannya. Bagaimanapun, saya nak persoalkan, kenapa ibubapa tidak perihatin tentang anak perempuannya. Kenapa perlu anak perempuan tidur di hotel walaupun rumahnya sekitar 5 km saja ?

Tahniah Bolasepak Negara


SKUAD negara mengakhiri kemarau 20 tahun pingat emas dengan penuh bergaya selepas membenam keegoan Vietnam menerusi kemenangan tipis 1-0 pada perlawanan akhir acara bola sepak lelaki Sukan SEA, semalam.


Bagi anak-anak buah jurulatih, K. Rajagobal, mereka bukan sahaja berjaya membalas dendam kekalahan  1-3 di tangan Vietnam pada peringkat kumpulan lalu, malah menerima penghormatan menjadi sukan yang menyumbang pingat emas ke-40 buat kontinjen negara pada temasya kali ini.

17 Disember 2009

Penguatkuasaan kenderaan asing bawa keluar petrol lebih 20 liter


Pertama-tamanya, saya mengucapkah tahniah kepada kerajaan kerana bertegas dalam isu penjualan minyak petrok dan diesel di sempadan termasuk Johor Bahru. Dipetik dari akhbar Utusan Malaysia, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, nampaknya bertegas dalam isu ini.

"Mana-mana kenderaan yang kita (penguatkuasa) syaki akan ditahan. Jika lebih 20 liter kita berhak untuk rampas dengan kereta-kereta sekali,” . Saya mengucapkan tahniah kepada ketegasan menteri ini.

Bagaimanapun, bukan senang untuk memeriksa semua kenderaan di stesen minyak di Johor Bahru yang jumlahnya mungkin mencecah ratusan buah. Sudah pasti terlintas juga di hati pengusaha untuk menjual minyak lebih kepada kenderaan asing untuk mendapatkan keuntungan. Jadi, kalau ada satu dua pengusaha stesem minyak dikenakan tindakan, maka saya percaya stesen minyak akan memastikan peraturan ini berjalan.

Kedua, bagaimana pula kenderaan yang baru masuk dari Singapura yang nengisi hanya 20 liter tetapi selepas itu ke stesen lain mengisi 20 liter lagi, kemudian mengisi lagi 20 liter ? Saya percaya, akan ada kenderaan dari Singapura yang sanggup mengisi sehingga 5-6 kali untuk mendapat minyak penuh. Yang menjadi bebannya dalah penduduk Johor Bahru kerana stesen minyak sentiasa sesak kerana kenderaan Singapura berhenti mengisi minyak beberapa kali.

Ketiga, penguatkuasa perlu memikirkan bagaimana kaedah yang sesuai untuk memeriksa kenderaan yang meninggalkan negara kita untuk memasuki Singapura. Ok, pagi tadi jam 8.00 pagi, saya dari Kluang ke Johor Bahru terperanggap dalam kesesakan jalan yang teruk kerana ada tiang tumbang di hadapan Danga City Mall. Kesesakan telah menjelaskan keseluruhan jalan masuk ke pusat bandar. Jadi, kalau satu persatu kenderaan diperiksa meter minyaknya, sudah tentu akan mangakibatkan kesesakan lalulintas yang teruk di Tambak Johor seteruskan merebak ke sekitar bandar. Jadi, bagaimana ?

Keempat, bagaimana kalau ada kenderaan Singapura yang telah mengubah jarum meter minyak kereta. Tahukah pihak kerajaan bahawa sekarang pun sudah ada kenderaan dari Singapura yang mengubah meter ini. Kalau nak tahu cerita ini, tanyalah orang yang membeli kereta lelong Kastam dari Singapura. Sesetengah kereta ini telah diubah meternya. Pemandu boleh tuang minyak sepenuhnya tetapi meter tetap di tahap itu. Saya percaya, ada bengkel kereta yang boleh buat. Jadi, adakah mereka akan terlepas ?



Maal Hijrah 1431 H "Memantapkan Ukhwah Memperkasa Ummah"


Alhamdulillah kerana kita semua diberi kesempatan untuk memasuki tahun baru hijrah 1431. Hayatilah sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam mengharungi detik-detik mencabar sewaktu hijrah. Mudah mudahan tahun baru ini mampu merealisasikan azam untuk memantap dan melahirkan ummah yang perkasa dan gemilang.

16 Disember 2009

Pelacur 'Ayam Pencen'



Petang tadi saya baru selesai operasi di tempat hotel-hotel pelacur sekitar Kluang. Hasil pemeriksaan, tiada tangkapan kerana tiada pelanggan Islam. Mungkin sebab tengah bulan, belum gaji, jadi tak ramai sangatlah pengunjung. Pelacurnya semua bukan Islam umur 40 tahun ke atas. Hotel ni buka mula 9 pagi hingga 7.30 malam.

Amoi 40-an, kulit putih gebu, berat dlm  80kg, RM40 saja.
Hari ni dah dapat 10 pelanggan




Umur sudah 45 tahun, asal Sarawak, muka macam makcik-makcik




Minaci, kulit gelap, mungkin Bangla minat dia kot

kondom

Amoi, buku catatan pelanggan. Hari ini sudah 10 orang. Seorang RM40,
ada juga RM30 kalau pelanggan tetap


Hotel ini buruk dan kotor,tapi pelanggan tetap ada

Nak beri amaran kepada semua orang Islam....Serbuan akan dilakukan pada bila-bila masa. Tindakan tegas akan diambil.

Tolong Lepaskan Saya Encik


Sebentar tadi baru selesai tangkap kes judi nombor ekor. Tangkap seorang lelaki umur 40-an, kakitangan kerajaan pula tu. Tapi apa nak dikata lagi, orang dah berbuih mulut beri nasihat, dah kena tangkap tanggung sendirilah. Denda boleh sampai 3,000 tau, boleh penjara 2 tahun. Kalau kerja kerajaan, kena denda lebih pada gaji, boleh buang kerja. Lain kali janganlah cari pasal.

"Tolong lepaskan saya encik..."
"Tolong encik, saya kerja kerajaan."
"Mintak maaf encik, tolong lepaskan saya".

abang baju merah ni dibawa ke balai polis

Nak Kawin Lagi Satu, Tapi Kena Tipu



Petang semalam, saya dikejutkan dengan berita kononnya saya akan menikahkan satu pasangan di Masjid Jamek Kluang. Pasangan itu rupanya sudah tunggu di masjid sejak jam 3.00 petang lagi untuk menunggu kedatangan 'kadi'. Tapi tunggu punya tunggu, tunggu punya tunggu, bulan tak muncul-muncul (macam cerita P Ramlee Bujang Lapok). Rupanya memang tak ada imam nak nikahkan dan tak ada borang permohonan pun untuk dia kahwin.

Dia dah kena tipu dengan wang sebanyak RM 3,700 yang sudah dibayar kepada orang tengah. Orang tengah itu berjumpa dan berkenalan dengannya di Seremban.  Lelaki itu dari Kuala Lumpur umur 40-an sudah mempunyai isteri dan tak tanya pula berapa orang anak dia. Wanita dari Muar berumur 30-an masih anak dara. Mereka siap dengan pakaian pengantin dengan diiring oleh wali dan keluarga pihak perempuan bersama 2 biji kereta. Dia kena tipu dengan orang tengah kononnya boleh nikah di Kluang, duit dah bayar. Rupanya orang tu tak muncul. Mudahnya dia kena tipu.

Bila dah tahu kena tipu, saya minta lelaki itu buat laporan polis, tetapi dia tak mahu. Saya faham le lelaki macam ini, takut nak buat report, takut isteri kat Kuala Lumpur tahu. Tujuan asal nak nikah senyap-senyap, kena tipu rupanya. Lagi takut kalau masuk akhbar, disensasikan berita tu, sampai isteri kat rumah mengamuk.

Mengandung Luar Nikah 5 Bulan


Kekadang terfikir juga, rasa keberatan untuk menceritakan kes maksiat, terutama yang berlaku di tempat saya bertugas sekarang. Saya terfikir juga, mungkin ada pihak yang tidak berapa senang dengan cerita-cerita sebegini, seolah-olah menggambarkan Kluang banyak berlaku maksiat. Jadi berita sebegini mungkin memalukan mereka.

Bagaimanapun, pagi ini ada satu kes wanita belasan tahun yang sudah mengandung 5 bulan dan menyerah diri untuk bernikah di pejabat. Lelaki pasangannya usia 20-an seolah-olah tidak melakukan perkara yang berat. Sebelum berkahwin, kedua-duanya akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Rayuan dari pihak berkenaan untuk tidak diambil tindakan, tidak akan dilayan.

Memantapkan Penguatkuasa Agama di Kluang


Semalam diadakan mesyuarat Jawatankuasa kecil Maal Hijrah bersama beberapa agensi kerajaan yang saya pengerusikan sendiri. Tujuannya adalah untuk menyelaras dan menyusun gerakan operasi maksiat dengan lebih teratur sekitar Kluang. Bermula semalam hingga seterusnya, gerakan operasi maksiat akan diadakan dengan lebih kerap dan tersusun dengan dibantu oleh beberapa agensi kerajaan lain. Ini termasuk kekerapan operasi di rumah judi, rumah pelacuran, hotel, pusat hiburan, taman rekreasi dan lain-lain.

Kepada orang Islam di Kluang, diharap tidak terlibat dengan maksiat. Tindakan tegas akan diambil ke atas semua yang terlibat, tidak mengira kedudukan dan jawatan. Malam tadi, satu pasangan remaja ditahan di dalam sebuah rumah di Kluang atas kesalahan khalwat.

15 Disember 2009

20 Anak Luar Nikah di Kampung Ini


Padi tadi, datang seorang lelaki membuat aduan kepada saya. Katanya di kampungnya sudah lebih 20 orang anak luar nikah di situ. Tadi dia buat aduan bekenaan seorang gadis 14 tahun yang baru 2-3 bulan melahirkan anak. Saya sudah minta penguatkuasa membuat tangkapan segera sekiranya aduan itu tepat.

Katanya lagi, sebelum kes gadis 14 tahun ini, kakaknya sudah melahirkan anak beberapa tahun lalu. Anak kakaknya dipelihara sendiri di kampung. Malangnya, ibu bapa seolah-olah tidak memandang berat kes ini. Ibu bapanya seperti seronok mendapat cucu, sedangkan itu anak luar nikah.

Apabila saya bertanya penguatkuasa, katanya sebelum ini sudah beberapa kes tangkapan kes mengandung dan lahir anak luar nikah di kampung itu. Biasanya wanita ini melakukan hubungan sex sesama rakan sebaya di kampung itu. Ini termasuk melakukannya di dalam kebun kelapa sawit.

Berakhir Kisah Pak Aji (Episod Akhir) 5/5


Hujung tahun 1996 dan 1997, bermulalah kejatuhan ekonomi negara kita. Bukan negara kita saja, malah Asia turut runtuh, kejatuhan yang tidak boleh dibayangkan sebelum itu. Pasaran Saham Malaysia jatuh sehingga 300 mata bagi indek komposit (sekarang dalam 1,200 mata). Matawang kita berbanding Amerika mencecah sehingga RM 5, berbanding RM 3.65 sekarang. Semua sektor di negara kita terjejas teruk. Paling teruk adalah sektor hartanah. Kalau orang JB boleh lihat komplek Kemayan City (depan kipmart)yang terbengkalai sampai sekarang, Waterfront City di tambak Johor yang tutup sampai sekarang, Pusat Perniagaan Pacific Mall di Bukit Chagar yang terbengkalai sampai sekarang, bangunan di hadapan Angsana yang sampai sekarang tak siap dan lain-lain projek mega.

Syarikat swasta dalam keadaan tenat. Kerajaan juga membatalkan beberapa projek mega. Pinjaman wang dengan bank dunia dan bank asing meningkat naik kerana matawang Malaysia merosot. Juga berlaku krisis Perdana Menteri Dr Mahadhir dan timbalannya Anwar Ibrahim, membuatkan suasana politik negara tak stabil. Berlaku banyak pinjaman tidak berbayar menyebabkan bank mengalami kerugian seterusnya kerajaan mewajibkan pergabungan antara bank untuk mengurangkan kos operasi.

Maka, Pak Aji walaupun dia bukan pemain saham dan bukan juga pemain atau pengurup matawang tapi turut terkena pada dia. Syarikat besar yang dah berjanji nak ambil tanah felda tersebut dengan nilai jutaan ringgit akhirnya terpaksa membatalkan pembelian tersebut. Semua penduduk di sana terlopong. Saya dengar ada yang dah beli barangan mewah termasuk kereta dengan buat hutang yang banyak. saya percaya ramai penduduk di sini yang terperangkap. Pak Aji sedih tak dapat duit. Rupanya pak aji juga banyak hutang kiri kanan.

Diringkaskan cerita, gadis idaman Pak Aji pun tak mahu bernikah dengan Pak Aji. Buat apa pilih orang tua, tua kalau banyak harta tak apa. Ni tua tak berduit. Barulah gadis tu sedar dari lamunan dan lebih sanggup tak berkahwin dengan sesiapa pun buat masa itu. Pak Aji akhirnya menyesal, kekasihnya sudah lari. Dia tak ada upaya nak pujuk, apa lagi nak paksa. Selama ini pun bukan dia ada bagi apa-apa, cuma janji saja nak kasi kemewahan. Bila kemewahannya tak muncul, maka buah hati Pak Aji lari.

Pak Aji rugi banyak benda bukan seposen dua yang rugi, malah yang dia hilang sebenarnya lebih dari sejuta ringgit lagi. Dulu mimpikan duit sejuta, tapi sejuta kebahagian dalam hidupnya habis hilang. Mak Aji sekarang duduk rumah anak-anak bertukar-tukar rumah  di sekitar JB dengan tenang menerima qadar dan qadar Allah Taala. Lebih malang lagi, anak-anak dan cucu Pak Aji lansung tak balik rumah Pak Aji.  Pak Aji ada menyatakan hasrat untuk kembali semula dengan mak Aji sambil meraru-rayu tapi tempoh rujuk sudah tamat, jadi bukan dengan kuasa mutlaknya lagi. Kalau nak pun, kena nikah semula. Tapi Mak Aji sudah faham liku-liku hidup dengan Pak Aji selama ini dan bukan mudah untuk dia menerima pinangan Pak Aji.

Mak Aji sudah melalui pahit maung hidup yang sukar diceritakan kepada masyarakat kerana hanya dia saja yang mengenali Pak Aji luar dan dalam. Saya masih ingat, masa sebelum cerai dulu Mak Aji ada cerita pada saya yang dia sama-sama dengan Pak Aji jadi peneroka felda waktu baru ada anak 2 yang masih kecil, lebih 30-40  tahun dulu. Mak Aji cerita, dia sama-sama mengerjakan kebun dengan Pak Aji dengan bawa anak sama ke kebun untuk bantu membina keluarga. Tapi bila dah lama, dia buang isterinya bagai  buang kertas tisu dalam jamban. Pak Aji lupa daratan, dah nak jadi jutawan, tak pandang zaman susah dulu, isteri turut sama membanting tulang dan keringat. Bila dah nak kaya tak sedar diri. Memalukan saja.

Baru diuji dengan kemewahan sikit, sudah mula nak berubah. Kalau betul-betul jadi kaya, lagilah tak dapat dibayangkan. Maka, pinangan Pak Aji ditolak. Kini anak-anak berdiam diri saja, tak menyebelah mana-mana. Kini pada anak-anak, ayah tetap ayah, mak tetap mak. Cucu pun sama, atok tetap atok, nenek tetap nenek.

Kesudahannya, Pak Aji duduk dirumah sorang-sorang merenung nasib dan masa depannya yang sikit-sikit ada lagi simpan nafsu kesumat kalau-kalau ekonomi cepat pulih dan ada harapan dapat berjuta lagi. Tinggal dia keseorangan di rumah. Tapi sehingga sekarang tahun 2009, masih belum terdiri lagi projek mega di situ. Mudah-mudahan Pak Aji ni sedar dengan perbuatannya selama ini.

Lepas tu, memang lama saya tak jumpa Pak Aji ni. Tahun 2007 dulu saya terjumpa Pak Aji di satu majlis bersama pemimpin negara. Dia nampaknya dah kurus dan uzur dan nampak macam tak sihat. Saya tak tahulah status dia waktu itu sudah kahwin ke belum,tak kuasa nak tanya. Suaranya sudah tersekat-sekat dan tak berapa jelas lagi seperti dulu. Umurnya sekarang dah menjangkau 75-80 tahun saya rasa.
SEKIAN. TAMAT DAHHHHHH