Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

08 Oktober 2009

ANALISA PASARAN SAHAM HARI INI


Hari ini indek Komposit naik 11.48  kepada 1230 mata. Kenaikan 2 hari berturut-turut ini mungkin boleh membawa berita gembira kepada pelabur runcit. Dua hari lepas, saya cerita tentang beberapa saham kecil yang boleh dijadikan tumpuan, ada kebenarannya analisa saya itu. Hari ini, KNM, TIME, SAAG, RAMUNIA menjadi rebutan pelabur runcit.
.
Pelabur perlu membuat kajian, akan hala tuju pasaran saham selepas ini, sehari dua atau seminggu dua ini, ke manakah hala tuju pasaran ? Kajian ini boleh dibuat secara peribadi. Tapi harus diingat, dalam dunia saham, kajian peribadi kada-kadang lebih tepat daripada kajian akhbar.
.
Saya menjangkakan, mungkin masanya sudah tiba untuk pelabur runcit menyertai pasaran secara besar-besaran sehari dua atau seminggu dua lagi. Bagaimanapun, kaji dulu, adakah kenaikan 2 hari ini cukup kuat untuk menarik minat pelabur lain menyertainya. Faktor kenaikan 2 hari ini lebih kepada kekukuhan saham Amerika dan dunia yang mencatat kenaikan, juga harga minyak yang naik di pasaran dunia. Faktor dalaman adalah pilihanraya kecil Bagan Pinang yang dilihat pemerhati sebagai tidak mempunyai masalah untuk BN mengekalkan kerusinya. Bencana alam di Indonesia juga nampaknya tidak memberi kesan sangat kepada ekonomi Malaysia.
.
Pada saya, 2 hari kenaikan masih belum memadai untuk meyakinkan pelabur seterusnya memasuki pasaran. Hari esok, Jumaat mungkin saham akan jadi sedikit lemah kerana hujung minggu. Tapi kalau saham boleh kukuh pada Jumaat, saya rasa itu satu isyarat yang jelas supaya memasuki pasaran. Kalau Jumaat esok, indek komposit jatuh, sepatutnya jangan dijadikan ukuran sangat pretasi indek itu. Yang lebih penting adalah beberapa saham yang menjadi tumpuan pelabur runcit seperti SAAG, KNM, SCOMI dll. Kalau saham seperti ini terus menjadi buruan, saya rasa anda boleh turut sama memeriahkannya.
.
Bagaimanapun, kalau indek komposit pada Jumaat esok mencatat kejatuhan yang besar, diikuti dengan kerapuhan saham-saham kecil, maka anda perlu menghindarkan diri dari pasaran. Jangan sekali-sekali masuk pasaran dalam tempoh terdekat. Pasaran saham masih belum pulih lagi. Demam belim baik sepenuhnya, hingus masih keluar meleleh, batuk pun selang seminit. Simpan duit tunai di bank dan bersedia untuk masuk kalau tiba masanya. Kalau saya ada  kesempatan, saya akan beritahu bila masanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.