Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

17 September 2009

'Rasul Melayu' tidak puasa semasa ditangkap

SHAH ALAM: Pengamal ajaran sesat yang mengaku dirinya 'Rasul Melayu', Abdul Kahar Ahmad sedang makan sambil menonton televisyen ketika ditangkap oleh pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam (JAIS) Selangor pagi semalam.
Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi ketika mendedahkan demikian juga berkata, Abdul Kahar cuba melarikan diri ketika serbuan dibuat kira-kira pukul 9.45 pagi tadi di sebuah rumah dekat Sungai Long, Kajang.
"Semasa kita nak tangkap, dia tengah makan, tengok televisyen, bila kita nak tahan dia cuba nak lari, tapi kita berjaya kepung... Rasul Melayu pun tak puasa," katanya dalam sidang media di sini semalam.
Abdul Kahar, 59, berjaya ditangkap setelah usaha memburunya dilakukan sejak Isnin lalu berdasarkan maklumat orang awam.
"Kita kesan dia di Sungai Long, setelah beliau berpindah ke sana, kita dapat maklumat dari orang awam mengesahkan yang dia telah berpindah ke Sungai Long.
"Jadi kita buat intipan beberapa hari untuk sahkan dia memang ada di situ dan kita buat serbuan pagi tadi," katanya.
Menurut beliau, ketika serbuan dibuat, anak lelaki Abdul Kahar yang dikenali sebagai Zulhelmi serta orang gaji mereka turut berada dalam rumah tersebut.
KETUA ajaran sesat "Rasul Melayu" Abdul Kahar Ahmad, 59, (kanan) diiringi pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, semalam memerintahkan supaya dia ditahan sehingga tarikh perbicaraan akan datang bagi lima pertuduhan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1985. Beliau yang sebelum ini beberapa kali gagal hadir pada perbicaraan kesnya walaupun waran tangkap telah dikeluarkan, ditahan pasukan penguatkuasa JAIS pada 9.45 pagi semalam di Sungai Long, Kajang.--fotoBERNAMA
ULASAN SAYA :
Isu ini memalukan umat Islam, soal aqidah ini bukan isu kecil, ini isu paling  pokok dalam Islam. Kalau terlibat di dalam maksiat, jenayah dan keruntuhan akhlah, kita masih ada ruang untuk bertaubat. Tapi kalau seleweng aqidah, kita telah sesat jauh, belum tentu kita dapat kembali ke pangkal jalan.Ajaran Rasul Melayu ini bukan isu kelakar atau lawak, tapi isu yang sangat sensitif dan menjatuhkan maruah umat Islam.
.
Orang Islam perlu betulkan aqidah terlebih dahulu. Guru-guru agama di dalam ceramah perlu tekankan soal aqidah, walaupun pendengar agak dingin untuk dengar tajuk ini. Kalau syahadah kita sudah tidak betul, apa maknanya kita solat, puasa, zakat, naik haji dan sebagainya kerana fokus kita pada Allah sudah tidak ada.
Rukun iman yang 6 kita hendaklah kita sentiasa pelihara. Kalau dalam 6 itu, kita tidak patuhi 1 sahaja, akidah kita akan terbatal. Kalau dalam matematik 6 tolak 1 jadi 5, tapi dalam akidah, jawapannya 0.
.
Akidah kita boleh terbatal kalau sama ada kita daari segi perbuatan, perkataan atau niat kita. Ada orang yang memakai sesuatu lambang di gelang atau baju yang memberi keagungan kepada agama lain atau penghinaan kepada Islam. Mereka tidak sedar, dengan perbuatannya itu boleh menggugurkan syahadahnya.
.
Dengan perkataan, ada orang yang kena tangkap kerana beli nombor ekor dan tidak puasa, tiba-tiba mendakwa dia bukan beragama Islam (ini kes benar). Orang ini tidak sedar, perbuatannya i tu boleh menggugurkan syahadahnya.
.
Dengan hati atau niat, ada orang secara diam mengingkari hukum dan perlaksanaan hukum Islam. Ada orang yang menolak hadis sedangkan kepercaya kepada rasul termasuk di dalam salah satu rukun iman. SEKIAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.