Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

17 September 2009

PONDAN DI FLAT HAJI MANAN KLUANG

Malam tadi, saya mendapat aduan dari orang awam, mengenai kegiatan pondan di sekitar flat Haji Manan, Kluang. Saya hubungi penguatkuasa JAIJ dan serbuan dilakukan lebih kurang jam 12.00 malam.
Bagaimana pun pondan-pondan ini gagal ditangkap kerana berjaya melarikan diri. Maklum saja, tempatnya sempit dan banyak tempat sembunyi, mereka lebih tahu selok belok tempat itu. Hasil intipan, kira-kira 5-6 orang pondan yang menjalankan kegiatan ini. Pondan ini berkemungkinan sekumpulan pondan baru yang menjalankan kegiatan tidak bermoral di sini. Apasal le cari Kluang sebagai lokasi baru ?... NAK KENA TANGKAP KE.
Kepada pondan-pondan ini, bila hendak sedar dan kembali ke pangkal jalan ? Tak habis-habis cerita pasal mereka ini. Sebab apa kegiatan mereka berterusan sampai sekarang ? Masa saya jadi penguatkuasa dahulu, saya paling kerap serbu pusat pondan di Jalan Dhoby, Jalan Tun Razak dan Taman Seri Amar. Masa kita hari hari serbu, kegiatan mereka senyap sekejap, bukan berhenti terus, tapi ubah taktik. Kalau kami biasa serbu malam, mereka jalan kegiatan waktu subuh dan siang hari pulak.
Waktu itu kegiatan pondan ini hampir lumpuh di Jalan Dhoby tapi rupanya mencari lokasi baru yang lebih selamat di Jalan Tun Razak. Jalan itu sangat menyeramkan penguatkuasa, apabila pondan ini akan lari  sesuka hati melintas jalan yang penuh sesah dengan kereta siang dan malam. Suatu hari itu, berlaku kemalangan kenderaan yang brek menyejut disebabkan pondan ini. Saya juga waktu itu rasa bersalah juga.
Selepas kejadian itu, saya arahkan penguatkuasa tidak mengejar pondan itu terlalu dekat kalau dia melintas jalan, sayangkan nyawa.Masa saya tengah hebat serbu pusat pondan dulu, akhbar beri liputan luas. Setiap hari buat operasi di situ dengan kerjasama polis, MBJB dan RELA.
Ada suatu peristiwa yang sangat meyedihkan saya. Suatu hari saya minum di kedai makan di situ lebih kurang jam 10 malam dengan beberapa anggota polis dari balai polis Larkin. Jam 11 malam saya balik ke rumah kerana mengantuk dan merasakan pondan sudah tidak keluar malam itu. Beberapa anggota polis terus duduk di kerusi kedai itu kerana ada tugas lain....
Esok pagi, saya tahu melalui radio, ada 2 anggota polis meninggal dunia kerana dilanggar kereta sewaktu duduk di kerusi makan kedai itu (tempat saya duduk malam itu). Saya mengeletar dan menelefon Balai Polis Larkin untuk mengesahkan berita itu. Memang benar, yang terkorban adalah seorang sarjan yang malam tadi asyik berbual dengan saya (dia sangat peramah dan periang) dan seorang lagi konstable. Kereta dipandu laju sehingga terbalik menghempap kepala 2 anggota polis berkenaan dan mati di tempat kejadian.
Kalau saya tidak balik, saya juga berada semeja dengan anggota polis berkenaan. Allah menyelamatkan saya dengan memberi saya mengantuk pada malam itu untuk pulang ke rumah.Pengorbanan 2 anggota polis berkenaan cukup tinggi kepada negara.
Waktu saya jadi pendakwa, ramai juga saya dakwa pondan dari Kluang dan ramai juga yang dipenjara. Tapi bila keluar penjara, meneruskan kegiatan mereka, cuma ubah taktik dan lokasi. Jadi ada betulnya kata penguatkuasa, mereka orang baru, mungkin luar Johor. Dulu di Johor Bahru pun, bukan pondan Johor saja, ada yang dari Singapore, Indon dan Thailand.
Kepada pondan-pondan bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka....Kalau kita tidak ubah diri kita sendiri, jangan haraplah orang dapat ubah diri kita. Kita tidak menyalahkan naluri pondan ini, tapi yang salahnya adalah kegiatan pelacuran dan tidak bermoralnya, itu yang salah.
BULAN RAMADHAN SEMULIA-MULIA BULAN UNTUK BERTAUBAT DAN KEMBALI KE PANGKAL JALAN.
"Gambar hiasan saja"

1 ulasan:

Dipersilakan komen.