Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

15 September 2009

LINTAH MEMBUNUH ?


Selalu kita lihat, di gerai atau kaki lima kedai, ada orang yang guna perkhidmatan berbekam dengan lintah. Saya lihat ramai juga yang berbekam. Tapi AWAS....

Ada satu cerita yang sangat menakutkan..... Seorang lelaki telah meninggal dunia selepas berbekam dengan lintah di Johor Bahru awal tahun ini. Bomoh lintah ini datang ke rumah untuk memberi khidmat berbekam lintah. Seorang ini telah berbekam dengan 5 ekor lintah sekaligus, berbekam sambil meniarap, lintah diletakkan di bahagian belakang badan.Tak lama kemudian, lelaki ini mengelupur kesakitan, kemudiannya sesak nafas dan dihantar ke hospital. Kemudian disahkan meninggal dunia.

Apabila kes ini berlaku, keluarga berkenaan buat aduan polis dan kemudian ke Jabatan Agama Johor. Dia minta JAIJ pantau bomoh-bomoh lintah ni.... Ok terima kasih atas aduan ini, tapi yang lebih penting adalah perubahan sikap masyarakat. Tidak semestinya dengan undang-undang saja kita boleh sekat.

Jadi tuan-tuan fikirkanlah, kalau nak berbekam lintah tidak ada orang halang, tapi fikir-fikirkanlah sendiri. Apa punca sebenar kematian lelaki itu ? Adakah disebabkan lintah atau sebab-sebab lain......

2 ulasan:

  1. knp pula kes lintah nak report kat JAIJ. baik report kat KKM sbb ia berkaitan dengan amalan perubatan.

    JAIJkan banyak kerja lain, nak pantau orang buat maksiat la, nak uruskan hal nikah khawin la dan macam2 lagi tugas yg ada dalam KPI JAIJ. hinggakan orang report fasal orang tak puasa pun kadang2 tak dpt nak ambil tindakan sbb kekurangan kakitangan.

    BalasPadam
  2. takutnya..dengar. berdasarkan pengalaman saya yang sekali ni buat rawatan lintah sebanyak 5 ekor kat muka, rasa xnak buat lagi dah. darah 3 hari keluar tanpa henti. bayangkan muka penuh dengan darah setiap masa. nasib baik jumpa petua untuk hentikan darah. alhamdulillah menjadi.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.