Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

16 September 2009

JUMAAT CUTI SEKOLAH. ..... HUREY! HUREY!

 Kerajaan memberikan cuti khas Jumaat ini kepada semua sekolah sempena Aidilfitri, kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Beliau berkata pemberian cuti khas itu melibatkan semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran.
"Kabinet membuat keputusan tersebut dalam mesyuaratnya hari ini bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya," katanya dalam kenyataan media. (BERNAMA)

"Jumaat ni jalanraya dah tentu lagi penuh sesak"


"Di persimpangan utama, keluar ke jalan Air Hitam-Mersing"

"Gambar sebelah balai BOMBA Kluang, kita bercuti raya tapi staf BOMBA belum tentu dapat cuti"
 
"Tadi pergi bank nak tukar duit raya, nampaknya kebanyakan bank dah habis duit seringgit, mudah-mudahan esok ada"
 
"Di hadapan Tabung Haji, sini susah nak parking kereta"
Gambar-gambar ni saya ambil sekitar bandar Kluang petang tadi. SELAMAT BERPUASA, SELAMAT BALIK KAMPUNG.

1 ulasan:

Dipersilakan komen.