Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

14 September 2009

BALIK RAYA: NAIK BAS/ KERETAPI ATAU NAIK KENDERAAN SENDIRI

Malam tadi, dengar berita dari sebuah stesen TV, katanya digalakkan orang nak balik raya naik kenderaan sendiri untuk mencegah penyebaran wabah H1N1. .... Rasa saya, tahun lepas, orang ramai digalakkan naik kenderaan awam seperti bas dan keretapi untuk mengelakkan kesesakan dan mengurangkan kadar kemalangan. Saya cuma nak bahas isu ini.

Kalau pesanan supaya naik kenderaan sendiri diikuti oleh orang ramai, saya percaya jalanraya penuh sesak. Apatah lagi kalau hari Raya jatuh pada hari Ahad 20 Sept 2009, sudah tentu Jumaat dan Sabtu, kenderaan penuh sesak. Beberapa tahun lepas, saya pernah terperangkap dalam kesesakan dari Johor Bahru ke Muar melalui lebuhraya mengambil masa 5 jam untuk sampai kerana keesokannya raya(sepatutnya 1-2 jam saja).

Pada saya, kalau sudah merancang untuk menaiki kenderaan awam, teruskan saja. Gunakan langkah-langkah mengawal penyebaran H1N1, pakai topeng, beli yang berkualiti di farmasi. Topeng itu pula jangan pakai banyak-banyak kali. Lepas pakai buang dalam tong sampah.. Insyaallah, kita dapat mengawal dari penyakit berjangkit ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.