Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

22 September 2009

Bagaimana Cara Buat Teh Tarik Yang Betul ?


Sebelum cerita cara buat teh, nak cerita dulu kisah benar......
Ada satu kedai di  Johor Bahru, makanannya sedap tapi tehnya tidak menjadi. Saya lihat pelanggannya pada sebelah pagi tidak begitu ramai. Saya pun jarang ke situ sebab tehnya tak sedap, saya minum teh O saja di kedai itu.
Suatu hari (kira-kira 2 tahun lalu) saya berbual dengan tauke kedai itu tentang cara-cara buat teh tarik yang betul. Sebelum tu, saya puji masakannya yang sedap tetapi saya tanya soalan, kenapa pelanggannya tak ramai seperti restoran mamak di sana.... Saya kata sebab teh dia tidak sesedap teh mamak.

Saya kata, ramai orang yang setiap pagi akan cari teh yang baik dahulu sebelum ambil kira masakan sedap atau tidak. Terus saya ajar dia cara-cara buat teh satu persatu. Tapi dia nampaknya macam tidak puashati dengan teguran saya, saya tak berapa kisah. Mungkin dia berkecil hati. ....Tapi saya fikir, teguran saya ikhlas, suatu hari dia mesti terfikir apa yang saya cakapkan ini.
Tak lama selepas itu (lebih kurang 2 bulan), saya datang ke kedai itu,saya minta teh O, tapi dia tanya saya, kenapa tak minum teh tarik ? Mulanya saya terdiam....Dia kata, ada pekerja baru yang buat air, dulunya pekerja ini bekerja di sebuah warung di Kuala Lumpur.

Saya terus minta teh tarik, sekadar nak cuba dan menyedapkan hatinya. Bila minum, rasa memang sedap. Sejak itu,kedai makannya ramai pelanggan, saya percaya,  antara faktornya adalah teh tarik sedap di samping makanannya.

Apa Pengajarannya ?
Pertama jangan perlekehkan komen pelanggan macam saya. Kedua, seseorang tauke jangan rasa dia sudah sempurna, mungkin banyak kekurangan. Memang betul, dia dah lama dalam dunia perniagaan warung dan kedai makan tetapi tak semestinya dia memenuhi citarasa pelanggan.

Ramai orang Melayu marah kalau kedai mamak yang ramai pelanggan (tak percaya, sila pergi ke restoran Osman di hadapan petronas Bandar Baru Uda atau di belakang Maidin Bandar Baru Uda). Nak kata kedai mamak makanannya sedap, tidak juga tapi teh dia berjaya menarik pelanggan. Ok, hari ini saya buka rahsia buat teh tarik......

BAHAN-BAHAN:
1. Serbuk Teh Tarik Boh. Jangan tersilap beli teh Boh yang tidak ada tulis teh tarik, itu salah, itu sesuai untuk buat teh O saja.
2. Tapis yang diperbuat dari kain putih untuk merendam teh.
3. Pastikan guna air panas yang sedang mendidih. Tidak boleh guna air suam atau air yang tak terlalu panas.
4. Susu pekat manis, sebaiknya jenama cap Teko atau F&N sahaja. Guna susu lain pun boleh tetapi kurang  enak, kalau di rumah, susu lain pun boleh. Disyorkan pada peniaga kedai makan, gunakan susu cap Teko atau F&N kalau untuk buat teh tarik. Kalau untuk buat milo atau kopi boleh guna susu jenama lain yang lebih murah.
4. Sudu teh (sudu kecil).

CARA BUAT:
Ambil satu sudu teh serbuk teh. Rendam dalam tapis dan diletakkan di dalam cawan (kalau nak minum ramai, gunakan teko). Rendam lebih kurang seminit, pastikan air menjadi hitam. Selepas itu, angkat tapis. Selepas itu, letak susu 3-4 sudu kecil.

Pastikan rasanya tidak terlalu manis dan tak terlalu tawar. Kacau dan tarik dengan menggunakan satu lagi cawan (kalau boleh cawan yang satu lagi lebih besar). 2-3 kali tarik sahaja dan siap untuk diminum... Emmmmpp......... pasti sedap rasanya.

Perhatian dan Pantang Larang
1. Jangan minum teh tarik kalau ke  kedai tomyam yang peniaganya orang Siam, biasa teh tak sedap. Kalau pegi, minum teh O saja.
2. Teh tarik sedap di kebanyakan kedai mamak, tapi bukan semua kedai mamak tehnya sedap. Kalau anda tinggal di sekitar Bandar Baru Uda, sila ke kedai mamak di Jalan Persiaran Tanjong Bukit Alif, belakang Shell. Teh tariknya sedap.
3. Ada banyak juga warung Melayu yang teh tariknya sedap, anda kena biasakan mencuba dahulu, baru tahu.
4. Kalau anda tidak biasa pergi ke sesuatu kedai, jangan terlalu cepat minta teh tarik. Seeloknya tengok orang lain yang minum teh tarik. Tengok gelas orang itu, kalau tehnya cair saja atau terlebih susu, jangan minum teh di situ.
5. Teh tarik yang dibuat mengikut kaedah yang betul, tidak akan menyebabkan kita sakit perut kalau minum.
6  Jangan letak air suam atau air sejuk. Kalau tak suka minum panas, pun kena guna air panas juga, kemudian sejukkan.
7. Ada orang kata, banyak minum teh tarik boleh menyebabkan kita kena sakit kencing manis. Saya rasa ini tidak betul, saya mesti minum teh tarik setiap pagi. Kadang-kadang dalam sehari sehingga 3 gelas teh tarik kalau dikira dengan sebelah petang dan malam. Minggu lepas saya periksa kandungan gula saya pada paras yang normal (5.5).
8. Satu perkara yang perlu diingat, minum teh tarik setiap hari boleh menggemukkan. Kalau boleh, minum pada sebelah  pagi saja satu gelas.
9. Seeloknya buat sendiri teh tarik di rumah. Sekilo serbuk teh tarik Boh harganya RM 12.00, boleh tahan lebih 6 bulan seperti di rumah saya. SELAMAT MENCUBA

22 ulasan:

  1. emmm...dah tak tahan da nih...sekarang jugak nak ke dapur wat TEH TARIKKKKK...hehehe

    BalasPadam
  2. saya bukan peminat teh tarik. saya peminat teh o. tapi rasanya lepas ni kalau gi mana2 restoran, nak try teh tarik plak la. macam best je lepas baca entry ustaz ni.

    BalasPadam
  3. ERMM..BENAR JGK STATEMENT TERSEBUT..SAYA PUNYA SEORANG ABG ADA BUKA WARUNG DI TERENGGANU..WLAUPUN HNYA BERSAIZ KECIL,NAMUN PELANGGAN DISANA TAK PUTUS2 BERKUNJUNG KE WARUNGNYA..RAHSIANYA??RASA TEH!!!PERCAYA ATAU TIDAK,PELANGGAN SANGGUP KE WARUNG YG LEBIH JAUH DARI RUMAHNYA KERANA SECAWAN TEH..DAN KERANA SECAWAN TEH,PELANGGAN SANGGUP LEPAK SEJAM DUA SEMATA2 NK MENIKMATI SECAWAN TEH SMBIL BERSEMBANG..HAHAHA

    BalasPadam
  4. salaam ya ustaz,


    minal'aidin!

    u truly cool n rock!!
    asal orang mana? teengganu ke k.lipis ke johor ke?
    maap bertanya.
    penulisan anda menghiburkan jiwa. bersahaja. banyak ibrah tersembunyi. teruskan.

    barakAllahufeekum.

    BalasPadam
  5. nurQamar.. nak tahu lanjut, bacalah biodata saya kat sebelah kanan tu.

    BalasPadam
  6. rasa nya kalau nak `kaw' lagi tambah sikit susu cair...mesti sedap nya...rasa macam minum kat Cameron Highland dgn sconenya...

    BalasPadam
  7. hihi..teh tarik saya memang tak pernah sedap sebab saya guna teh sabah..uncang plak tu..ekekeek...pasni saya akan cuba resepi ustaz ni..hihi pasti suami saya suka. Suami saya bukan orang yang jenis makan dikedai.dia taklah demand bab makan2 ni..tapi saya rasa kalau saya buat teh tarik sedap mesti dia suka!!!!:)

    BalasPadam
  8. salam ustaz..

    thanks kongsi resepi ni..sy pon org JB..tp saya tak tau pulak restoren osman tu best..

    nanti ustaz cerita la lagi ea tempat² makan yang best..

    BalasPadam
  9. cayalah...terbaek!!! kat kluang dimana teh tarik kowww punyer?

    BalasPadam
  10. Tak boleh ke guna serbuk teh biasa???

    BalasPadam
  11. Salam Ustaz,

    Terima kasih byk atas perkongsian,saya ada sedikit rahsia utk dikongsi, renjiskan sedikit garam pd bancuhan teh & susu sebelum ditarik..cuma sedikit, insya Allah rasa lemak teh akan terbit. Wallahu 'alam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap nyer minuman ni terliur aku dibuat nya

      Padam
  12. Saya baru balik carrefour, pi beli 1kg serbuk teh tarik boh & 2 tin susu pekat manis cop teko! Petang ni baru nak bikin untuk buka posa sunat Isnin bulan Rejab

    BalasPadam
  13. kat shah alam, restoran syed kadir seksyen 3 teh tarik terbaik

    BalasPadam
  14. kalau guna susu cap teko memang tea tarik atau biasa sedang.pastikan kole tapis kain tu yg ada tea sentiasa ada atas tudung periuk yang mendidih.tapis tu kena sentiasa panas baru pior gak he he

    BalasPadam
  15. betol2 ne ustadz, mane boleh macam ne,, kedai am tak laku lah.. am cube nak buktikan kekdai mamak tu.. kalo betul am salut,. tapi kalo tak nak... hahahahaha.

    BalasPadam
  16. Assalammualaikum..
    Selamat berpuasa..apa abg cerita mmg betul mbuat tea tarik.Saya salah seorang pembancuh tea di pejabat..abg yg abg syorkn adalah sama dgn saya bt..ramai kekwan ckp tea tarik sy sedap..alhamdulilah semoga kita maafaat resepi minum sekeluarga..

    BalasPadam
  17. trme kasih cm sedap jer ,pnh buat sbkm nie tp xjdik

    BalasPadam

Dipersilakan komen.